Belajar Bahasa Arab bukan sekadar menghafal perkataan. Ana mula sedar perkara ni dengan lebih jelas selepas satu pengalaman tak dijangka yakni bertemu seorang perempuan Mesir secara tak sengaja.
Suatu hari,ana duduk di perpustakaan, tengah sibuk isi masa lapang dengan membaca buku di situ,tiba-tiba ana terdengar seorang perempuan bercakap di telefon dengan loghat Arab Mesir yang jelas. Cara dia bercakap lembut tapi cepat, dan ada intonasi Mesir yang unik seperti perkataan “ya” dia sebut macam “aywa”, bukan “na’am” yang biasa ana dengar dalam kelas. Dari situ, ana terus yakin dia memang orang Mesir 🇪🇬.
Awal-awal tu, ana cuma dengar dari jauh. Dalam hati, rasa nak tegur ada, tapi takut salah sebut atau bahasa tunggang-langgang 😅. Tapi ana fikir, kalau tak cuba, takkan tahu kan? Lepas dia tamatkan panggilan telefon,ana tarik nafas dalam-dalam, senyum, dan bagi salam:
“السلام عليكم، هل أنتِ من مصر؟”
Dia tersenyum manis, mata bersinar, dan jawab:
“وعليكم السلام، نعم أنا من مصر.”
Nada dan loghatnya memang jelas Mesir. Dari situ, perbualan kami pun bermula.Ana pun cuba mengambil peluang ni untuk melatih maharat kalam diri.
Ana mula cerita yang ana sedang belajar bahasa Arab, dan masih banyak kelemahan. Dia dengar dengan penuh perhatian sambil senyum. Dia kata,
“Tak apa kalau salah, yang penting berani cuba.” 💪
Kata-kata itu buat ana rasa lebih yakin. Dia juga berkata,belajar bahasa Arab bukan soal cepat fasih, tapi soal sabar, istiqamah, dan menghargai proses.
Perbualan kami jadi semakin seronok. Dia bercerita tentang kehidupannya di Mesir, tentang universiti Al-Azhar yakni universiti impian ana🤩, dan bagaimana mereka belajar bahasa Arab sejak kecil. Ana mula sedar bahawa bahasa Arab bukan hanya penting untuk ibadah atau pelajaran, tetapi juga sebagai jalan untuk memahami budaya, orang lain, dan dunia secara lebih luas 🌏.
Ana kongsi juga pengalaman belajar bahasa Arab, betapa susahnya kadang-kadang nak sebut perkataan dengan betul atau faham loghat yang berlainan. Dia tertawa kecil dan berkata:
“لا تقلقي، مع الوقت ستتحسن مهارتك.”
“Jangan risau, lama-lama kemahiranmu akan bertambah baik!”
Sebelum kami berpisah, dia ada memberi kata-kata semangat kepada ana:
“اللغة العربية تحتاج وقت، استمتع بالعملية.”
(Bahasa Arab perlukan masa, nikmati prosesnya.)
Ayat tu memang nampak biasa sahaja, tapi bagi ana penuh makna. Ia buat ana sedar bahawa belajar bahasa Arab bukan sekadar untuk lulus ujian atau membaca al-Quran, tapi untuk membentuk identiti diri, menghubungkan hati sesama Muslim, dan membuka peluang memahami dunia secara mendalam❤️.
Selepas pertemuan itu, ana pulang dengan hati yang gembira. Ana sedar setiap usaha kecil belajar bahasa Arab ada nilainya. Bahasa Arab bukan sekadar subjek atau perkataan untuk dihafal, tapi satu identiti yang buat ana rasa lebih yakin sebagai seorang Muslim, lebih menghargai persaudaraan, dan lebih menghargai pengalaman bertemu orang dari negara lain.
Sejak hari itu, ana lebih tekun belajar bahasa Arab. Setiap kali bercakap, membaca, atau menulis, ana mesti akan ingat kata-kata dia : “Nikmati Prosesnya!” dan ana juga sedar bahawa Bahasa Arab ni bukan sekadar medium komunikasi tapi ia juga lambang identi.
Saiyidah Nafisah binti Mohammad Hafiz
29 Disember 2025